Sparta Rotterdam

Sparta Rotterdam (Sebutan Belanda: [ˈspɑrtaː ˌrɔtərˈdɑm]) ialah kelab bola sepak profesional Belanda yang berpangkalan di Rotterdam. Ditubuhkan pada tarikh 1 April 1888, Sparta Rotterdam ialah pasukan bola sepak profesional tertua di Belanda.Sparta kini bersaing dalam Eredivisie, liga utama bola sepak profesional Belanda, yang telah mereka menangi enam kali, empat kali secara berturutan dari musim 1910-11 sehingga 1914-15. Kelab ini sempat tersingkir bagi yang ketiga kalinya ke Eerste Divisie pada bulan Mei 2018 selepas ditewaskan dalam perlawanan play-off penentuan kedudukan liga menentang FC Emmen. Lawan mereka mara untuk pertama kalinya ke divisyen tertinggi Belanda.Kelab ini mendapat kenaikan kelayakan ke Eredivisie pada musim 2018–19. Sparts ialah salah satu daripada tiga kelab bola sepak profesional dari bandar Rotterdam, kedua-dua yang lain ialah Excelsior (ditubuhkan 1902) dan Feyenoord (ditubuhkan 1908).